Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  CalendarCalendar  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Amalan Am untuk Pelbagai Keadaan / Miscellaneous Amal
 Forum Rawatan SihirPublic (FREE Section)Amalan Am untuk Pelbagai Keadaan / Miscellaneous Amal
Message Icon Topic: Amalan Am untuk Semua Jenis Gangguan Post Reply Post New Topic
Author Message
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Topic: Amalan Am untuk Semua Jenis Gangguan
    Posted: 17-Feb-2008 at 10:34pm

Assalamu’alaikom,

Telah diperhatikan, amalan berikut (dengan izin ALLAH swt) memberi kesan dan juga mendatangkan mimpi petunjuk pada pengamal selepas 3-4 hari amalan. Amalan ini dilaporkan dapat menawarkan hampir semua jenis sihir, juga gangguan, insyALLAH, seperti berikut:

  • Saka
  • Stroke / lumpuh yang tak pasti puncanya
  • Barang sihir yang “tertanam” di rumah
  • Pesakit yang termakan benda kotor
  • Sihir pemisah untuk suami / isteri yang tiba2 naik angin bila dekat-dekat
  • Sihir pengasih di mana kita dok syok dan berat sebelah
  • Kulit yang kering / kudis yang tak pasti puncanya
  • TERKECUALI SANTAU MUNTAH DARAH

Amalannya:

  • Istiqfar 3x
  • Fatihah 1x, Qursi 1x, al-Baqarah 285-286 1x
  • Salawat/Darood 11x - pendeknya "ALLAH humma sali 'ala Muhammad wa 'ala aa-li Muhammad"
  • Al-Baqarah ayat 1-17 
  • Surah Yasin 1x  (lagi ampuh bi-iznillah di baca ayat 1 3x, lain ayat 1x seperti biasa)
  • Surah al-Jin 1x
  • Salawat/Darood 11x
  • Ameen

insyALLAH

PS - Kalau perlu baca kesemuanya 3x atau lebih, untuk dipercepatkan proses pemulihannnya, insyALLAH

Sekian wassalam 



Edited by abg_ramz - 17-Jun-2011 at 6:55am
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 25-Aug-2009 at 11:58am
Assalamu'alykom,
 
Suka saya kongsikan satu catatan dari seorang ahli:
 
Originally posted by siapa_ek

 
Assalamualaikum.
 
Saya ****** dari ******. Saya telah menghidapi sakit misteri selama 14 tahun. Alhamdulillah terjumpa forum ini, saya ada amalkan ayat-ayat untuk membuang saka secara baik dari forum ini.
 
Setelah dapat mengamalkannya selama 7 hari berturut-turut, saya berubat dgn wakil Darus Syifa ****** (Ustaz *******). Alhamdulillah pada pertemuan kedua beliau mengesahkan saya telah sembuh sepenuhnya.
 
Sebelum itu saya telah berubat di lebih kurang 5 tempat berlainan.
 
 
wa'alykumussalam,
 
alhamduLILLAH, jimat masa dan minyak kereta kalau amal sendiri ni..... Smile
 
sekian wassalam
 
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 03-Jan-2010 at 10:33am
 
Assalamualikum Ustaz,
 
Saya nak tanya beberapa soalan mengenai Amalan Am.
 
1) Tolong bagi saya bacaan yg betul untuk Salawat/Darood, takut silap
2) Cara amalan - tanpa niat apa2 ke ustaz? 
3) Waktu bila nak niat? 
4) Kes sihir berat ke atas saya ni, apa niat paling bagus - ustaz tolong karang untuk saya.
5) Boleh ke saya buat utk isteri saya, sebab dia tak pandai ngaji.  Sekadar 3 Qul bolehlah ?
 
Ustaz, ilmu pengasih bomoh asli ni macamana ikhtiar terbaik?  Tanda2 yg saya baca sama - gatal2, kulit kering ada urat2.

Harap ustaz dapat bantu mana yg boleh.  Terima kasih banyak2.
 
 
wa'alaikumussalam,
 
Kalau mahu menyuarakan niat, buat seperti di bawah, saya tambahkan sedikit ayat-ayat (warna merah) untuk tawarkan sihir berat:  
 
Istiqfar 3x
Fatihah 1x, Al-Baqarah 285-286 1x
Salawat/Darood 11x - baca yang pendek sekali "ALLAH humma sali 'ala Muhammad" 11 kali
niyat - YA RABB, YA HAYYU QAYYUM, YA MALIKul QUDUS YA WAHAB, pulihkan kami (aku, isteri/suami aku, dan anak-anak kami) dari segala penyakit, sihir dan jinn yang ada sekarang, YA RABB, lindungilah kami dari segala malapetaka, jinn, sihir, dan kejahatan makhluk yang akan datang (ulang 3x)
Salawat/Darood 21x - baca yang pendek sekali "ALLAH humma sali 'ala Muhammad" 21 kali
Al-Baqarah ayat 1-17       1x
Surah Yasin                    1x
Surah al-Jin                     1x
Sura (26) As-Syu'ara ayat 63  21x
Sura (17) Al-Isra ayat 80-81    21x

Salawat/Darood 21x - baca yang pendek sekali "ALLAH humma sali 'ala Muhammad" 21 kali
Ameen
 
Amalan hendaklah di lakukan selama 7 malam berturut-turut. Dan kalau ada masa siang, boleh dibaca pada waktu siang juga.
 
-------------------------------------
 
Sebagai panduan, manalah tahu kan, biasanya apabila seseorang terkena sihir berat, maka amatlah mudah dia terdorong mencari "perawat" yang suka telek-telek atau scan-scan. Walhal kalau betul pun "perawat" tersebut pandai teka warna seluar dalam kita, samada polka dot atau belang-belang atau pun plain color boxer short, tidak bermakna "perawat" tersebut dapat menyelesaikan masalah sihir kita !!! Cry 
 
Oleh itu, sekiranya ada kita terambik apa-apa barang dari "perawat-perawat" yang kaki scan atau kaki telek, buanglah dari rumah kita. Ini untuk menjaminkan rumah kita dan diri kita bersih dari apa2 perkara syirik, dan yang berkhadam.
 
Biasanya "perawat-perawat" yang kita banned, mereka akan beri:
 
1) pasir kubur,
2) patung plastisin
3) tangkal
4) batu/kertas yang ada tulisan carik-cari macam cakar ayam
5) air jampi (serupa air dari perawat yang benar2 Islamic)
 
Apabila diri kita dan rumah kita bersih, amalan orang Islam yang biasa pun sudah mampu menawarkan sihir, insyALLAH. Ini kerana ALLAH Maha Penyanyang lagi Maha Pengasih, tentu tidak akan hampakan hamba-nya, apatah lagi yang patuh kepada Quran dan hadith.
 
Tetapi bagi orang Islam yang buat-buat tak tahu dan melanggar larangan telek dan berkhadam - maka ALLAH itu Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Dan balasan untuk orang yang tahu (orang Islam berilmu) tentulah lagi berat dari orang yang tidak tahu.
 
Ini kerana ALLAH itu Maha Adil. Apabila sudah diberi kelebihan ilmu, tentulah ada lebih tanggungjawabnya kan... samada di dunia mahupun akhirat.
 
Sekian wassalam
 


Edited by abg_ramz - 03-Jan-2010 at 10:40am
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
Post Reply Post New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Bulletin Board Software by Web Wiz Forums version 8.05
Copyright ©2001-2006 Web Wiz Guide

This page was generated in 0.047 seconds.