Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  CalendarCalendar  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Perbincangan ilmu2 yang berasaskan jin
 Forum Rawatan SihirSeksyen Ahli Serious berYURAN (Malay Only)Perbincangan ilmu2 yang berasaskan jin
Message Icon Topic: Di beri cincin untuk bersilat dan urut2 Post Reply Post New Topic
Author Message
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6179
Quote abg_ramz Replybullet Topic: Di beri cincin untuk bersilat dan urut2
    Posted: 12-Apr-2008 at 9:41am
Originally posted by siapa_ek

 
Assalamualaikum...

Nama saya Abdullah (nama samaran).
 
Saya pernah diberi batu cincin, daripada seorang ustaz sekitar KL, yang dibuat pengisian supaya saya boleh:
  • bersilat serta
  • mengurut
  • menggunakan tenaga dalam
Selain itu, batu cincin itu juga menjadi:
  • pendinding diri,
  • memberi sihat tubuh badan
Namun saya tidak percaya selain kuasa ALLAH swt. Ini kerana saya tidak percaya pada kuasa batu boleh membantu kerana Allah saja yg mampu beri pertolongan.
 
Batu itu saya ambil sebagai cara untuk saya lebih mendekatkan diri dengan ALLAH dan membantu orang lain. Kata ustaz itu, gerak silat yg datang itu hanya Allah sahaja yg boleh gerakkan.

Untuk gerak silat, memang ada bacaan yang perlu dibaca. Antaranya 
  • dimulakan dgn bismillah diikuti
  • menyebut nama Allah serta
  • beberapa perkataan Asma ul Husna,
  • selawat ke atas nabi serta
  • sedikit bacaan dalam bahasa Melayu.
Kemudian akan datang gerak silat yg diniatkan.

Untuk mengurut, bacaanya:
  • al-Fatihah,
  • menyebut nama Allah,
  • beberapa Asma ul Husna serta
  • selawat ke atas nabi
Selepas bacaan itu, kita tiup tapak tangan, dan terus urut mengikut gerak.

Jadi soalan yang saya nak tanya adalah:
 
1.   Adakah ilmu saya belajar ini betul atau salah
 
2.   Ada sesiapa guru agama atau orang yang tinggi ilmu agamanya yang boleh memberi penjelasan.
 
3.  Bagaimana cara untuk saya dapatkan rawatan
 
Saya harap saudara dapat membantu. Saya belajar ilmu sebegini hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah serta membantu org lain.
Sekiranya terbukti salah, insyaAllah saya akan buang ilmu ini.
 
 
wa'alaikumussalam,
 
memang semuanya dari ALLAH, tetapi saya taksir khadam batu cincin (jin) tu yang menggerakkan kamu. Dan jin tu cuma tahu bersilat.
 
Kalau betul ilmu tu ilmu laduni, apakah kamu boleh repair air-con, repair TV seperti mana di cabar oleh Amran Kasimin. Ini kerana jin cuma tahu bersilat dan mungkin urut2. Masak pun jin tak tahu, sebab makanan jin jenis asap.
 
Sila rujuk ini:
http://www.rawatansihir.com/forum/forum_posts.asp?TID=545
 
 
BEBASKAN JIN KHADAM
Sebaiknya cari air tahlil Yasin dari masjid, di mana jemaah lebih 21x orang yang baca. Cincin tu rendam dalam air Yasin, dan insyALLAH terlepas keluar khadam tersebut yang terikat, kamu pun akan sendawa.
 
Cara lain bacakan
  • Salawat 21x
  • Yasin ayat 12 21x
  • Salawat 21x
BERSIHKAN DIRI ZAHIR DAN BATIN
 
Samping tu beramallah mandi, qiamullail sebagaimana di terangkan sini:
http://www.rawatansihir.com/forum/forum_posts.asp?FID=91&TID=2046
 
 
Kalau perlu tanya-tanya, berjumpalah dengan perawat Darussalam (Ustaz Hadi) atau perawat Darussyifa; alamat mereka di sini:
http://www.rawatansihir.com/forum/forum_topics.asp?FID=67
 
Kalau pergi ke Mannarah, Ustaz Daud akan ketuk dengan kayu Nona yang halus, kamu nanti tak tahan, walhal dia ketuk cuma perlahan, sayur kacang pun tak rosak. Sayalah rasa kalau dia pegang kamu, pun kamu tak tahan.
 
Sekian wassalam
 
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6179
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 15-Apr-2008 at 6:58am
Originally posted by siapa_ek

 
Batu itu saya ambil sebagai cara untuk saya lebih mendekatkan diri dengan ALLAH dan membantu orang lain. Kata ustaz itu, gerak silat yg datang itu hanya Allah sahaja yg boleh gerakkan.Untuk gerak silat, memang ada bacaan yang perlu dibaca. Antaranya 
  • dimulakan dgn bismillah diikuti
  • menyebut nama Allah serta
  • beberapa perkataan Asma ul Husna,
  • selawat ke atas nabi serta
  • sedikit bacaan dalam bahasa Melayu.
Kemudian akan datang gerak silat yg diniatkan.



Assalamu'alaikom,

Semalam tiba-tiba teringat saya kenyataan saudara kita yang mengatakan dia telah ambil batu cincin (yang berkhadam jin) untuk dekatkan diri dengan ALLAH swt.

Dari segi ciptaan makhluk, memanglah jin lebih halus buatannya dari manusia yang dicipta dari tanah. Namun ada satu rahsia manusia yang menyebabkan darjat manusia lagi tinggi. Perkara ini ada dibincangkan dalam Kitab tulisan Sheikh Abdul Qadir al-Jilani.

Buktinya ditunjukkan ketika peristiwa Israk Mikraj tatkala malaikat Jibril as tidak mampu melepasi satu halangan tetapi Nabi (manusia) kita (saw) mampu lepas. Kisah ni ramai dah dengar, tetapi tak ramai faham apa maksudnya.

dari:
http://www.geocities.com/buahoren02/Bincang00007

Dan bila sampai di Sidratul Muntaha ini jugalah, maka berlakulah perpisahan antara Nabi s.a.w. dengan Jibril a.s.. Kata Jibril, "Setakat inilah sahaja yang boleh saya pergi, wahai Rasulullah. Kerana kalau saya pergi lagi dengan lebih jauh dengan melintasi Sidratul Muntaha, maka tubuh saya akan terbakar."Rupa-rupanya para malaikat yang dibuat daripada cahaya ini tidak boleh pergi melepasi Sidratul Muntaha, kerana bila cahaya masuk ke kawasan selepas Sidratil Muntaha, maka akan hangus terbakar.Lalu Nabi s.a.w. pun naik melepasi Sidratil Muntaha seorang diri,


Oleh itu sedarlah, manusia yang telah diberi kelebihan ke atas semua makhluk walaupun secara jasadnya kelihatan lemah.

Mana tak lemah, jin2 yang lembab sekalipun boleh terbang KL-Alor Setar dalam 3-4 jam. Kalau bunian yang jalan kaki pun 40 minit.
Kita manusia perlukan kenderaan. Kalau nak pergi Mekah, lagilah perlu naik kapalterbang, walhal jin2 ifrit besar2 tu 15-20 saat dah sampai. (Ini saya dengar2 dari orang sahaja Embarrassed)

Saya ingat manusia paling laju lari, contohnya Ben Johnson lari 100 metre 9 saat. Kalau 1000 metre ( 1 km ) sudah 90 saat ( 1.5 minit ). Kalau tukar ke km untuk 60 minit cuma  40 km  sejam  !

Oleh itu, buanglah apa2 ilmu berkhadamkan jin, kerana kita telah lakukan berapa perkara:

1) bersubahat dengan ahli sihir, kerana jin khadam terikat pada batu cincin

2) secara tidak langsung melakukan syirik, seterusnya menyekat amalan kita

3) menghalang perkembangan roh kita, yang mana berpotensi dapat merapatkan lebih dekat lagi dengan ALLAH swt. Untuk yang faham, sebelum tidur tu, ambil wudhu, insyALLAH mudah pergerakkan roh sewaktu kita tidur, tak perlu nak pakai jin tu lepas langit, sebab roh tu pun lagi halus ciptaannya serta banyak rahsiannya sendiri.

[Kalau kita belek Surah As-Saffat ayat 7-10, semua jin/syaithan tidak lagi dibenarkan naik melepasi langit selepas al-Quran diturunkan. Siapa-siapa yang engkar akan menemui malaikat yang melontar]

Semoga keterangan ini memberi manfaat

Sekian wassalam




Edited by abg_ramz - 19-Jun-2009 at 8:42am
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
Post Reply Post New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Bulletin Board Software by Web Wiz Forums version 8.05
Copyright ©2001-2006 Web Wiz Guide

This page was generated in 0.234 seconds.