Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  CalendarCalendar  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Amalan Am untuk Pelbagai Keadaan / Miscellaneous Amal
 Forum Rawatan SihirPublic (FREE Section)Amalan Am untuk Pelbagai Keadaan / Miscellaneous Amal
Message Icon Topic: Rawatan Power - Tahajud + S.Yasin Post Reply Post New Topic
Author Message
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Topic: Rawatan Power - Tahajud + S.Yasin
    Posted: 07-Jul-2007 at 5:51pm
Assalamu 'alaikom,
 
Adakala pesakit dan perawat pun kurang ilham cara rawatan walaupun pelbagai usaha dilakukan, sudah berpuluh2 bomoh ustaz ditanya, selain hampir keseluruhan tokguru2 serata nusantara.
 
Cara ni paling mudah sebab kita tak perlu tahu apa jenis sihir yang dikenakan. Sihir orang Asli ke, sihir patung ke ? berapa banyak patung pun, sihir Siam ke, Indo ke etc, tak perlu nak butir-butir terperinci. Apatah lagi yang pesakit yang mohon doa, telah disihir seperti "rama2 dalam kepompong," jadi terhalang mendapat ilham, nauzubillah
 
Cara paling am ialah pesakit lakukan solat tahajud diikuti bacaan 3x surah Yassin dengan niat supaya dibuka dihapus segala sihir yang dikenakan serta dilindungi dari segala sihir yang AKAN datang.
 
Langkahnya (dibuat selama 3 malam berturut2 sehingga 7 malam berturut2):
 
1. Solat sunat taubat 2 rakaat - mohon di ampunkan segala dosa (yang kita ketahui dan tidak kita sedar)
 
2. Solat sunat tahajud 2 rakaat - diikuti doa dan bacaan 3x surah  Yassin.
  • Niat:
    • mohon di beri Rahmat ALLAH dan 
    • diberi berkat dari Ayat2 Quran yang diturunkan ALLAH
    • agar disembuhkan dan dihapus segala sihir yang TELAH dikenakan
    • serta dilindungi dari segala sihir yang AKAN datang.

3. Solat sunat hajat 2 rakaat - mohon dimakbulkan segala doa

insyALLAH
 
Sekian wassalam
 


Edited by abg_ramz - 09-Aug-2008 at 8:10am
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 13-Nov-2007 at 5:53pm

Semasa buat solat sunat taubat, disyorkan juga baca 3x Penghulu Istiqfar sebagaimana:

http://www.rawatansihir.com/forum/forum_posts.asp?TID=998

Semoga memberi manfaat
 
 
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
zahir
Bukan Emergensi
Bukan Emergensi
Avatar
Ahli 7/8/07 - 6/2/08

Joined: 28-Jun-2007
Online Status: Offline
Posts: 617
Quote zahir Replybullet Posted: 21-Feb-2008 at 11:08am
Assalamu'alaikum
 
saya baru faham sebenarnya perkara ini setelah dijelaskan tok guru.
moga bermanfaat.
 
mendekatkan diri dgn Pencipta iaitu Allah Yang Maha Besar adalah fitrah. ikhtiar kita utk mendekatkan diri dgn Allah akan menyebabkan turun lebih banyak Rahmat Allah atas kita dan akan lebih segera makbul doa & permintaan kita. 
kesembuhan hanya dari Allah. mcm mana nak sembuh? harap pd Allah. Allah yg bagi sembuh sebagaimana Allah yg izinkan pesakit jadi sakit.

Surah AsSyuaaraa’ (26): 78-80

"(yaitu Rabb) Yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku, dan Rabbku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit. Dialah Yang menyembuhkan aku"
 
proses mendekatkan diri pd Allah sebenarnya satu kaedah merawat penyakit kerana ianya berkaitan dgn kemakbulan doa pesakit utk disembuhkan dari gangguan/penyakit.
maknanya mendekatkan diri dgn Allah=kemakbulan doa
kalau pesakit telah jadi lebih dekat akrab dgn Allah, maka akan makbul segala permintaannya.
 
akan tetapi, kalau pun doa pesakit utk kesembuhan belum dimakbulkan lagi, Allah sebenarnya telah mengirimkan kesabaran & kekuatan roh utk pesakit menahan/menanggung sakit akibat gangguan tersebut iaitu setelah pesakit melalui proses2 mendekatkan diri dgn Allah dgn amalan2 zikrullah yg disarankan.
 
berkat kesabaran pesakit menanggung penyakit/gangguan, pesakit diberi pahala berganda tanpa dihisab (hadith). 
 
sakit akibat gangguan tidak pernah diharap/doa/minta oleh pesakit TAPI Allah yang BAGI.
ALLAH BAGI HADIAH tersebut (iaitu Allah izinkan gangguan melanda pesakit) walaupun tak pernah diminta2/dihajati oleh pesakit.
 
sebagaimana ibu bapa yg dianugerahkan hadiah anak2 istimewa atau cacat anggota badan atau kembar siam yg perlu dipisahkan. atau ibu bapa yg dianugerahkan 9 org anak perempuan sahaja. kita nak minta Allah ambik balik ke anak2 tu ??
 
jadi siapakah ALLAH yang BAGI HADIAH ni pd pesakit ??
siapa ALLAH ??
 
kalau pesakit sukar jawab soalan di atas,  yakni pesakit tak kenal/sedar kehadiran ALLAH, maka agak sukar untuk pesakit menerima dgn redha sakit akibat gangguan dan menyukarkan lagi proses pesakit mendekatkan diri pd Allah dan menyukarkan/melambatkan kesembuhan.
 
kalau org yg kita sayang mcm mak/bapak/suami/isteri/anak BAGI HADIAH kat kita, tergamak ke kita kata kat depa, "tolong ambik balik hadiah ni. ia tak berguna-menyusahkan hidup aku" ??
kalau anak kita umur 5 tahun buatkan lukisan conteng2 yg tiada erti pd kita, tergamak ke kita kata, tak guna lukisan ni, esok aku buang ... 
 
maka barulah saya faham mengapa di dalam al Quran tiada rakaman Nabi Ayyub a.s. berdoa utk Allah sembuhkan sakitnya walaupun mengikut riwayat, malaikat bersungguh merayu pd Nabi Ayyub agar berdoa pd Allah utk sembuhkan sakitnya kerana Allah akan mengkabulkan doa Nabi Ayyub.
Nabi Ayyub a.s. berpegang bhw Allah yg berkehendak turunkan ujian penyakit & siksa hidup ditinggalkan keluarga atasnya, maka Allah yg akan ambik balik jika Allah berkehendak begitu.
 
tetapi kerana permintaan dari malaikat yg terlalu kasihan melihat kesakitan yg ditanggung Nabi Ayyuub, maka Al quran surah Sod: 41 dan al Anbiyaa:83, sekadar merakamkan pengaduan Nabi Ayyub kpd Allah tentang sakitnya.. tiada permintaan utk disembuhkan.... pengaduan Nabi Ayyub mengandungi maksud halus yg tersirat, hanya Allah yg Maha Mengetahui.
 
Sod:41
"Sesungguhnya aku telah ditimpakan syaitan dengan kesusahan dan azab siksa.."
 
al Anbiyaa: 83
Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedangkan Engkaulah sahaja yg lebih mengasihani drpd segala (yg lain) yang mengasihani..."
 
kita manusia biasa. pastinya kesabaran kita tidak langsung boleh dibandingkan dgn kesabaran seorang nabi apatah Nabi Ayyub a.s.
tapi tiada salahnya kita cuba bersabar dan terus berikhtiar.
 
moga turun Rahmat Allah mencurah2 ke atas kita semua dan makbul segala permintaan. aamiin.Hug
 


Edited by zahir - 14-Mar-2008 at 5:57pm
hasbi rabbi jallallah maa fi qalbi ghairullah...
IP IP Logged
Post Reply Post New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Bulletin Board Software by Web Wiz Forums version 8.05
Copyright ©2001-2006 Web Wiz Guide

This page was generated in 0.039 seconds.