Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  CalendarCalendar  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Visual / Picture Test
 Forum Rawatan SihirNasihat Rawatan / Treatment Advise (NOT FREE)Visual / Picture Test
Message Icon Topic: Beza Sesat dan Kafir Post Reply Post New Topic
Author Message
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6190
Quote abg_ramz Replybullet Topic: Beza Sesat dan Kafir
    Posted: 07-Aug-2008 at 10:24am
Assalamu'alaikom,

Suka saya berkongsi ilmu dari ceramah satu ustaz. Lupa nak tanya nama dia, tetapi dia pernah berkerja di Saudi, dan kini dengan Kerajaan.
 
Ustaz tu menerangkan telah ada satu kumpulan di Malaysia, bermula dari Perlis dan kini sudah ke Selangor/KL. Kumpulan tersebut telah mentafsirkan Surah Taha ayat 5 sebagaimana fahaman mereka, walhal takwil ayat tersebut tidak berani dilakukan Sahabah2 mahupun Ulama2 zaman dahulu.
 
Tafsir Surah Taha ayat 5:

5. ((Allah)) Most gracious is firmly established on the Throne (of authority).

5. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.


Kumpulan tersebut telah membuat kesimpulan (sesat) bahawa ALLAH duduk di Arash. Dan ini bercanggah kerana apabila kita menempatkan ALLAH pada satu tempat, maka kita juga mengatakan ALLAH tu berjirim (ada bentuk). Sedangkan ALLAH tidak menyerupai segala sesuatu
 
Dalam pandangan Imam Nawawi, dia telah mengkafirkan orang-orang yang cuba merupakan ALLAH. Dan dalam pandangan ulama, berlaku 2 keadaan apabila terus-menerus melaku amalan seperti ini, yang dianggap syirik.
 
1) Sekiranya kita melakukan amalan syirik, dan kita tidak tahu itu salah - maka kita dikira sesat.

2) Sekiranya kita melakukan amalan syirik, dan kita sudah tahu ilmu-ilmu, hadith-hadith berkaitan - maka kita di kira kafir, nauzubillah.

Untuk mereka-mereka yang kafir, sebaiknya janganlah benarkan mereka sembelih ayam, korban - kerana sembelihan orang kafir tidak boleh di makan.

Semoga memberi panduan
Sekian wassalam
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6190
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 25-Aug-2009 at 6:55pm
Assalamu'alykom,
 
Kita cuba terangkan sedikit beza antara orang kafir dan orang sesat, terutama untuk mudahkan kefahaman, insyALLAH
 
Originally posted by abg_ramz

 
1) Sekiranya kita melakukan amalan syirik, dan kita tidak tahu itu salah - maka kita dikira sesat.

2) Sekiranya kita melakukan amalan syirik, dan kita SUDAH tahu ilmu-ilmu, hadith-hadith berkaitan - (dan buat-buat tak tahu) maka kita di kira kafir, nauzubillah.

 
Untuk mudahkan kefahaman, insyALLAH, tak perlu kita tunggu nak dapat kashaf, ilmu laduni untuk merasakan kepanasan serta azab seksa neraka. Cukup kita rasakan kepanasan di dunia kerana ada hadith sahih, segala kepanasan api di dunia hanya sebahagian kecil dari panas api neraka.
 
Cara nak rasakan ada dua:
 
1) cari api lilin, letakan jari atas api-nya. Biarkan selama 10 minit. Perlu ingat 1 hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia. Jadi 10 minit itu cuma berapa nano-second di neraka
 
2) pakai t-shirt tanpa lengan, tunggu tengahari yang tidak ada hujan. Kita baring atas parking lot yang tidak ada kereta. Kita guling-guling atas tarmac panas untuk rasakan panas-nya ke atas kulit kita.
 
Se-ingat saya ada satu hadis di mana seorang sahabat yang berguling di pasir panas sambil di perhatikan Nabi saw. Ini kerana sahabat tersebut merasakan diri dia masih degil dan tidak mampu bangun tahajud di waktu malam, serta juga malas beramal berkerja di waktu siang.
 
Ini dia hadisnya:
 
Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Ad-Dunya daripada Talhah bin Ubaidullah (RA) katanya:
Pada suatu hari seorang lelaki keluar dari rumahnya lalu menanggalkan pakaian lalu berguling-guling di atas padang pasir yang panas membakar, dan beliau berkata.
   "Rasakanlah untukku api jahannam. Adakah menjadi mayat di malam hari
    dan menjadi penganggur di siang hari-nya?"
 
Kata Talhah,
"tatkala beliau dalam keadaan sedemikian, beliau melihat RasullULLAH (SAW) di bawah bayangan pokok lalu beliau datang menemui baginda (SAW) dan berkata kepada-nya,
   "Aku telah dikuasai oleh diri-ku"
 
RasullULLAH (SAW) pun bersabda kepadanya,
    "Sesungguhnya para malaikat berbangga-bangga dengan kamu"
Kemudian RasullULLAH (SAW) bersabda kepada para sahabatnya,
    "Ambillah bekalan dari saudara kamu"
 
Mendengar sabdaan RasullULLAH (SAW) maka seorang lelaki berkata,
    "Wahai si Fulan, berdoalah untuk ku"
Nabi (SAW) pun bersabda kepada-nya,
    "Berdoalah untuk kesemua-nya"
 
panjang lagi nak taip, tak sempat nak buka pulak...... Embarrassed 
 
Sumber: ms 153-154, dari tajuk "Amalan Zikir dan Doa Para Sahabat" tulisan Sheikh Muhammad Yusuf"
 
Sekian semoga dengan cara ini, akan lembut sikit minda kita menerima kebenaran ilmu yang sedia benar
 
wassalam
 
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
Post Reply Post New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Bulletin Board Software by Web Wiz Forums version 8.05
Copyright ©2001-2006 Web Wiz Guide

This page was generated in 0.063 seconds.