Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  CalendarCalendar  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Maklumat Pusat Rawatan Islam
 Forum Rawatan SihirPublic (FREE Section)Maklumat Pusat Rawatan Islam
Message Icon Topic: Membezakan perawat dan bomoh Post Reply Post New Topic
Author Message
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Topic: Membezakan perawat dan bomoh
    Posted: 20-May-2009 at 1:50pm
Assalamu'alaikom,

Untuk mereka yang tidak dapat membezakan macamana rupa dan gaya "bomoh" beragama Islam dengan "perawat Islam" maka diberi sedikit keterangan di sini:

1) Keterangan dari seorang ahli Darul 'Ilaaj (dari Singapura - anak murid Ustaz Jumadi):
http://sg.geocities.com/bomohonline/bomoh.html

2) Keterangan yang agak terperinci dari satu blogspot:
http://mohdnazritakuan.blogspot.com/2009/02/mengenal-perawat-bomoh-yang-menggunakan.html

Sekarang ni, kita dapati ramai bomoh yang beragama Islam sudah mengaku menjadi perawat Islam, sebab mereka kan orang Islam. Bomoh pun boleh pergi haji, dan berpuasa macam kita juga.

Tetapi cara rawatan mereka adakala jelas tidak Islam kerana:


1) Masih menelek
.

Tetapi sekarang ini tidak dipanggil menelek tetapi mendapat firasat, scan, imbas etc.

Adakala mereka akan potong limau dan perhatikan samada keping limau yang dipotong itu jatuh itu atas/bawah (atau kepala/bunga). Atau mereka perhatikan limau itu tenggalam atau timbul dalam air.


2) Tumpuan kepada hiburan bukan rawatan.

Suka menghiburkan keluarga pesakit dengan adegan mengeluarkan benda-benda ganjil (patung, arnab, duit kertas, botol kecil, botol besar etc) semasa di rumah pesakit. Tetapi pesakit masih tak baik-baik.

Bila fikir-fikir balik, orang Melayu kita syok sangat kalau dapat batu akek dari celah pokok serai. Walhal kalau beli kat pasar malam lagi murah.

Bomoh yang jampi  rumpun bunga serai pun beli kat situ jugak, tapi dapat harga borong sebab beli segenggam. Seingat saya upah bomoh RM300 dapatlah 10-20 biji,  jadi satu biji batu harga RM15-RM30 ! Cry



3) Mengharapkan jin khadam, atau tentera jin khadam

Seingat saya, ada seorang perawat Islam kena tarik lesen-nya sebab tanpa segan silu menggunakan jin khadam bernama "Khalid" La ni, jin tu sudah bebas dari ikatan sihir.

Tetapi kebiasaan bomoh berkhadam, tak akan cukup 1 jin. Macam kita tak akan cukup pakai 1 orang pembantu rumah dari Indo .... kalau boleh satu bas kita nak bela, nauzubillah.

----------------------------------------------------------------
Ada banyak lagi, tapi yang disebutkan tiga ini merupakan ciri-ciri lazim.

Semoga keterangan ini mudah difahami dan berguna

sekian wassalam






Edited by abg_ramz - 04-Aug-2009 at 10:06pm
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 13-Jun-2010 at 10:39am
Assalamu'alaikom,
 
Ada berapa lagi ciri membezakan bomoh (mengaku Islam) dengan perawat Islam:
 
1) Adakala pesakit wanita disuruh berbogel samada topless 50% atau ber-bogel 100%, semasa ber"ubat" dengan bomoh. Adegan ini memang cari nahas, almaklum bomoh kemungkinan besar akan disampuk syaithan jantan !!
 
2) Perhatikan dalam bilik rawatan, samada ada patung Siam, atau unsur-unsur kuil Siam, atau unsur-unsur agama lain.
 
Seingat saya ada satu bomoh nama dia Bomoh "Pak Tomyam" (nama sebenar dirahsiakan), yang mati-mati kata saputangan (kain) kuning dia tu tak ada apa-apa.
 
Bila kita suruh tukar kain lain, kain lagi baru, lagi mahal, pun dia tak nak. Kita nak suruh rendam dalam air limau pun dia elak-elak. Apabila bomoh itu tak mahu lepaskan kain, macam dia takut nyawanya hilang, itu petanda mudah, kain kuning-nya tu adalah "benda" yang bantu dia.
 
Akhirkata, untuk pesakit beragama Islam yang masih tidak dapat membezakan mana baik mana buruk, maka sebaiknya ambil yang jernih, dan elakkan yang keruh. Dapatkanlah rawatan dari Pusat Rawatan Islam yang tersenarai sahaja.
 
Sekian wassalam
 


Edited by abg_ramz - 21-Jun-2010 at 9:58pm
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
Guests
Guest Group
Guest Group

Quote Guests Replybullet Posted: 04-Sep-2010 at 1:07am
Assalammualaikum.
Apa pendapat tuan jika rawatan yg diberikan lansung tidak menyentuh pesakit dan perawat tidak menceritakan lansung asbab penyakit.


Edited by walid nasuha - 04-Sep-2010 at 1:20am
IP IP Logged
Post Reply Post New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Bulletin Board Software by Web Wiz Forums version 8.05
Copyright ©2001-2006 Web Wiz Guide

This page was generated in 0.031 seconds.