![]() |
Active Topics Memberlist Calendar Search |
| |
| Perbincangan ilmu2 yang berasaskan jin | |
| |
|
| Author | Message | |
|
abg_ramz
Admin Group
Perawat Darussalam Joined: 20-Nov-2006 Location: Malaysia Online Status: Offline Posts: 6035 |
![]() Topic: Dilemma Pelajar Reiki MuslimPosted: 22-Apr-2010 at 11:15am |
|
|
Assalamu'alaikom, Untuk memudahkan fahaman mengenai Reiki, sila fahamkan soalan yang di post seorang hamba ALLAH yang belajar Reiki dari seorang Master matsalleh (bukan Islam). Mengikut posting yang dicopy-paste, Master tersebut berdoa mendapatkan khidmat bantuan dari malaikat !!
Ini membuktikan Reiki mempunyai ritual agama yang bertentangan dengan Islam, kerana orang Islam hanya boleh berdoa kepada ALLAH, dan bukan-nya kepada malaikat, atau nabi-nabi. Kalau berselawat ke-atas Nabi SAW memanglah digalakkan.
Tetapi yang paling penting sekali, Master tersebut akan melakukan doa (shiriknya) semasa proses attunement atau "pengisian." Apakah sebenar yang menjelma sekiranya Master Reiki membaca doa yang shirik ? Adakah
a) malaikat akan datang, atau
b) energy kosmik akan datang ? atau
c) jin syaithan yang menyamar malaikat akan menjelma ?
apabila kita berdoa memanggil "malaikat Gabriel" ?
Walhal Nabi SAW pun tidak mampu nak panggil-panggil malaikat Jibril. Apatah lagi Master mat-salleh yang kafir. Dan ini terbukti sebagaimana firman ALLAH dalam Surah Maryam ayat 64
Pada waktu itu, tokguru Reiki akan "mengisi" murid dengan cara melukis simbol2 Sanskrit, pada kepala, dahi, tangan murid, dan akhirnya pada jantung.
Kalau kita kaji sanad rantaian guru-guru dalam pengajian seseorang penganut Reiki, akan terdapat paling kurang seorang Master yang melakukan shirik, samada seorang mat salleh, atau seorang sami Buddha.
Seseorang yang telah "diisi" lama-lama kelama-lamaan akan mengalami proses gangguan serupa mana-mana pesakit yang disampuk jin.
Begitu juga tokguru kita yang "Islam", dia juga telah "di-isi" oleh guru-nya yang mungkin bukan Islam. Oleh itu, tidak mungkin dia dapat mensucikan diri-nya tanpa rawatan oleh perawat-perawat yang benar-benar Islam, serta bersih dari "pengisian"
------------------------------------------------------
Ini dia posting berkaitan Master yang melakukan doa shirik memanggil "malaikat"
Ini dia proses attunement di mana Master (tokguru) mengisi murid Reiki.... yang akhirnya serupa pengisian di lakukan dalam mana-mana pengajian ilmu kebatinan.....
Untuk mereka yang masih boleh berfikir, dinasihatkan jangan bertanya lagi pada pengamal-pengamal Reiki, kerana mereka tentu sekali tidak akan setuju kita tinggalkan mereka. Tinggalkan mereka sahaja. Duit yuran kira burn lah demi keselamatan diri kita dan keluarga kita.
Sebaiknya dapatkan rawatan secepat mungkin dari mana-mana Pusat Rawatan Islam berdekatan rumah anda sebelum anda disampuk lebih teruk lagi
Sekian wassalam
Edited by abg_ramz - 22-Apr-2010 at 6:33pm |
||
|
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
|
||
IP Logged |
||
|
||
Forum Jump |
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot create polls in this forum You cannot vote in polls in this forum |
|