Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  CalendarCalendar  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Maklumat Pusat Rawatan Islam
 Forum Rawatan SihirPublic (FREE Section)Maklumat Pusat Rawatan Islam
Message Icon Topic: Sh Nazim al-Haqqani difatwakan SESAT Post Reply Post New Topic
Author Message
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6178
Quote abg_ramz Replybullet Topic: Sh Nazim al-Haqqani difatwakan SESAT
    Posted: 30-May-2010 at 3:29pm
Assalamu'alaikom,
 
Semasa mencari beberapa orang perawat Islam yang dulunya berpandukan cara rawatan Sheikh Wahid, agak terkejut bila terbaca ada segelintirnya sudah bertukar haluan dengan mengambil ajaran Sh. Nazim al-Haqqani.
 
Agak memeranjatkan kerana al-Haqqani ini difatwakan JAKIM sebagai sesat. Maksudnya kalau diumpamakan sebagai ayam daging yang dijual, tidak boleh dimakan oleh orang Islam !! Dan apakah ampuh amalan orang yang sesat; sebagaimana ampuhnya orang kafir membaca ayat-ayat Quran ? 
 
Untuk mereka yang masih mampu berfikir dengan baik, disyorkan baca Al-Baqarah ayat 163 100x setiap hari, insyALLAH tenang hati dan minda. Dan bersegeralah bertemu dengan pegawai JAKIM untuk mendapatkan penjelasan:
 
 
 
 
< ="">

Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama



. Nama
:
.
amirul.
E-Mel
:
shafiqq91@gmail.com.
Kategori
:
AKIDAH




SUB KATEGORI
Tarikat/Suluk/Zikir

Tarikh Hantar Soalan
:
06/05/2009 09:11 AM
Soalan
:
tariqat naqshbandiyah al-haqqani pimpinan shaykh nazim dari cyprus telah difatwakan haram oleh jakim pada tahun 2001 tetapi tariqat ini masih berleluasa di malaysia bahkan jemaahnya semakin ramai.
 
Apakah fatwa yang dikeluarkan ini hanya merujuk pada ajarannya atau diadakan sesi perdebatan diantara jakim dengan mursyid tariqat ini.
 
kalau benar ia sesat kenapa tidak diambil tindakan terhadap [seorang kerabat raja] bahkan Jab Agama Johor telah mengesahkan tariqat ini dan di johor sekarang pusat tariqat ini selalu dihadiri oleh pegawai-pegawai JAIJ sendiri untuk memberi tazkirah.
 
Saya tidak nampak pengeluaran fatwa ini secara ilmiah kerana Shaykh Nazim adalah seorang ulama' yang bertalaqqi dengan ramai guru sejak belasan tahun tetapi ramai pegawai jakim hanyalah lulusan universiti dan hanya baru belajar beberapa tahun sudah berani menuduh sesat seorang yang ilmunya amatlah tinggi. sila jawab soalan ini secara ilmiah dan saya hendal jakim mengadakan sesi perdebatan secara ilmiah dengan Shaykh Hisham Kabbani dan [raja tersebut].
 
Jawapan
:
Bagi tujuan tersebut anda dinasihatkan supaya berhubung atau berjumpa dengan pegawai di Cawangan Akidah, Bahagian Peyelidikan, JAKIM di talian 88864263../ 4292 ..
 
Status
:
Selesai - Paparan Web.
. Nombor Rujukan
:
HAN 4181
Tarikh Selesai
:
06/05/2009 03:32 PM




Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.
 
 
Singapura juga telah bersetuju dengan fatwa JAKIM:
 
 
Sebab-sebab JAKIM ada disenaraikan dalam berapa blog, dan website.
 
Patutlah bila saya post soalan di shoutbox website penganut-penganut al-Haqqani, soalan-soalannya didelete terus.
 
Sekian wassalam
 
 


Edited by abg_ramz - 28-Oct-2010 at 8:27pm
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6178
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 30-May-2010 at 6:29pm

Sambungan kisah tarikat sesat al-Haqqani:

[islah-net] JAKIM sesatkan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim

abu_humairah
Sun, 11 Jun 2006 21:40:52 -0700

AJARAN-AJARAN SESAT YANG DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA
Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani
( Ajaran Tariqat Sesat dan telah diharamkan oleh JAKIM)

Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi 
Hal Ehwal Agama Islam

a)Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim 
bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan 
menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera 
bertaubat.

b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat 
Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan 
dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah 
dengan ajaran Islam yang sebenar

Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama 
Islam Malaysia Kali Ke-48 

Tarikh Keputusan : 3 April 2000 

Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000

 

 

Ciri-ciri Kesesatan Tariqat Naqsyabandiah Al-aliyyah Syeikh Nazim Al-
Haqqani :-

 

1)- Kekuatan wali.

Petikan dari laman web tariqat Naqsyabandiah

"Terdapat 40 awliya Allah yang tersembunyi di antara Mudzalifah dan 
Mina. Mereka membantu kepada sesiapa yang dalam kesusahan. 313 
berada di Madinah. Di Mekah terletak kerusi kerohanian Yang di 
Pertuanya (gabenor) di sebelah Hajaratul Aswad. Beliau berada di 
situ untuk menyaksi siapa yang mencium batu tersebut. 

Yang di Pertua gabenor Mekah itu mengarah wali-wali Allah yang lain 
membuat apa yang dikehendaki oleh beliau. 124,000 awliya Allah 
menunaikan haji setiap tahun. Tanpa kehadiran mereka, haji manusia 
lain tidak lengkap. Imam Mahdi (as) juga harus hadir setiap tahun 
menunaikan haji. Dan di Jabarul Rahmah di Arafah merupakan tempat 
Imam Mahdi akan muncul pada masa yang akan datang. 

Sahabat kita Hanim, ialah seorang yang suka merendahkan diri dan 
juga pemurah. Hanim tidak peduli tentang kekayaan, tentang berapa 
kekayaan yang beliau ada. Beliau sentiasa memberi tanpa mengira. 
Beliau telah banyak berkorban untuk Allah, Rasul (saw) dan awliya 
Allah. Sifat beliau adalah jarang didapati pada masa kini. Semasa 
pengkebumian beliau, terlalu ramai para wali Allah dan malaikat 
berada menghadiri upacara itu. Sekarang ini beliau berada di satu 
tempat di mana Allah sentiasa melihatnya. 

Tidak seorang pun akan memahami apa yang Allah telah kurniakan 
kepada Hjh. Hanim. Ramai akan menyesal asal kesalahan mereka 
terhadap beliau – samada melalui prasangka atau perbuatan. Ramai 
akan memerlukan pertolongan beliau di akhirat kelak. Hanim telah 
pergi sebagai seorang shaheeda. 

Wa minallahi taufiq. Bi huramati habib bi hurmati surah Fatihah"

 

2- Kuasa Mutlak Khalifah

 

"Khalifah mentadbir wilayah-wilayahnya. Dia mempunyai kuasa untuk 
melakukan apa yang dimahu. Apa yang dia lakukan dipersetujui oleh 
masyaikh rantaian keemasan...Kemulian xxxxxxxx ialah dia adalah 
seorang khalifah dan semua orang harus menerima apa yang dia telah 
tentukan..."

Sheikh Muhammad Sheikh Nazim 

 

3)-Khutbah sesat menyentuh konsep waktu, suluk, hakikat dsb 

Audhubillah-hi-minash-syaitan-nir-rajeem Bismillah-hir-rahman-nir-
rahim Nawaitul arbaa, naiwatul iqtiqaf, naiwataul uzlah, naiwatul 
ri'adah, lillahita'ala hilaluyul azim Ati'ullah, wa ati'u rasul, wa 
ulul amri minkum 

Allah perintah kita ta'at kepada Dia dan Rasulnya (saw) dan sesiapa 
yang ta'at kepada Rasul (saw), dia ta'at kepada Allah. Setiap 
keadaan/saat adalah keadaan/saat yang baru dan setiap sessi adalah 
sessi yang baru. Keadaan/saat hanyalah sekadar keadaan/saat, tetapi 
apabila keadaan/saat dikumpul mereka menjadi waktu. Mereka 
mengeluarkan waktu yang telah berlalu. Oleh yang demikian, waktu 
adalah (mengikut kefahaman kita) sesuatu yang mempunyai waktu yang 
lepas, waktu sekarang dan waktu yang akan datang. 

Terdapat tiga dimensi di dalam waktu (begitu juga universe ini) – 
waktu lampau, waktu sekarang dan waktu akan datang. Apabila kita 
mati, waktu berakhir. Tetapi bagi Allah, tidak ada zone waktu. Waktu 
sebenrnaya di hasilkan oleh pergerakan bumi sekeliling matahari. 
Disebakan oleh pergerakan atau orbit ini, maka terdapatlah siang dan 
malam – semuanya untuk membolehkan kita mengetahui waktu, yang pada 
haqiqatnya memberi petanda kepada kita bahawa ajal akan datang. 

Apabila Sheikh Abdullah Daghestani (qs) diperintah untuk bersuluk, 
masa atau waktu bagi dia tidak ada makna. Di dalam suluk, seseorang 
itu mungkin tidak akan kembali ke dunia lagi. Semasa lima tahun 
bersuluk, beliau hanya hidup dengan tujuh biji zaitun dan sekeping 
roti sehari sehaja. Apabila awliya Allah memasuki suluk, mereka 
sedar bahawa waktu berpoya-poya sudah tamat, yang ada hanyalah 
berkerja keras. 

Sheikh Abdullah (qs) berusia 18 tahun abapila beliau mulai suluk. 
Amalan yang dilakukan semasa bersuluk ialah membaca Quran dan 
berzikir. Awliya Allah apabila mengerjakan ibadat tersebut sentiasa 
mahu memanjangkan waktu tersebut (bagi kita manusia awam, kita mahu 
memanjangkan waktu untuk memenuhi nafsu kita). Bagi dia waktu 
bukanlah sesuatu yang perlu di hitung. Mereka sentiasa berada 
di "waktu sekarang." Oleh yang demikian, kita perlu selalu merenungi 
dalaman kita dan pasti kita akan menjumpai "rumah" kita. 

Di dalam renungan dalaman kita akan menemui haqiqat, iaitu dimensi 
kerohanian yang tidak ada batasan waktu. Dan di dalam dalaman ini 
kita akan jumpa "rumah" kita. Di dalam qalb manusia 
terletaknya "rumah" Allah. Maka carilah haqiqat tersebut di dalam 
diri kita. Ia terdapat dalam diri kita. 

Terdapat 6 jenis haqiqat – haqiqat jazbah, haqiqat tawajuh, dsb), 
kesemuanya ini terdapat di dalam kita. Tetapi kesemuanya itu hanya 
boleh diberi kepada mereka yang boleh dipercayai. Mereka ini tidak 
mudah di nodai oleh perasaan bongkak, megah dan sebaigainya. Mereka 
dapat bertahan dengan segala bentuk dugaan dan sentiasa memuji Allah 
di dalam segala bentuk keadaan. 

Allah sentiasa memberi kita keadaan/saat yang baik. Jadilah seorang 
yang sentiasa bersyukur. Selalu pegang kepada keadaan/saat tersebut. 

Dunia yang kita tahu ini akan berakhir. Sesetengah kita akan pergi 
dahulu daripada berakhirnya dunia ini.Oleh yang demikian kenapa kita 
sering mengejar dunia (yang di cipta)? Kejarlah si Pencipta. Di alam 
hadrat ilahi waktu tidak ada erti – kita akan dengar bunyi-bunyian 
seperti ombak di lautan atau gauman harimau. Jadilah seperti ikan di 
dalam lautan 

Ini adalah nasihat untuk malam ini yang datang daripada Maulana 
Sheikh Nazim (qs). Saya berniat untuk memberi suhbah daripada nota-
nota Sh. Abdullah (qs), tetapi mereka telah mengubah cadangan saya. 

Jangan dengar kepada diri yang menyuruh cintakan dunia ini. 
Dengarlah kepada roh yang suruh mencintai akhirat. Carilah benda-
benda yang kekal. Makan makanan kerohanian – ianya tidak akan habis, 
ianya suci dan bersih. 

Moga Allah merahmati kita semua malam ini dan kita tujukan segala 
kebaikan pada malam ini kepada sahabat kita Hanim. Moga Allah 
mencucuri roh beliau dengan rahmatNya. Roh Hanim bersama kita pada 
malam ini. Beliau gembira di mana beliau berada sekarang. 

Moga kita disambut oleh para awliya Allah apabila kita meninggalkan 
dunia ini. Moga Allah merahmati Maulana Sh. Abdullah (qs) dan 
Maulana Sh. Nazim (qs). Allah panjangkan usia Maulana Sh. Nazim 
(qs). Wa minallahi taufiq. Bihurmati habib bihurmati surah fatihah

 

4)-Mengagungkan kubur (berdoa kepada kubur, mencium kubur, 
menghiaskan kubur )

Maqam-maqam mahaguru tareqat Naqshbandi yang terdapat di Bukhara. 
Dari kiri maqam Sheikh Muhammad Baha'uddin Shah Naqshband, Sheikh 
Muhammad Baba as-Samasi, Sheikh Amir Kulal dan Arif ar-Riwakri.

 

5)-Khutbah sesat menggunakan hadis yang direka 
tentang cerita seorang `wali' Allah (yang melakukan suluk hanya di bulan Rejab dan 
bermaksiat di bulan-bulan lain) . Di sini nabi s.a.w.,  malaikat 
Jibril dan Sayyidina Abu Bakar dihina, perlakuan maksiat digalakkan 
dan kuasa suatu doa yang boleh menjadikan seseorang sebagai wali!!! 
( dipetik dari laman web tariqat Naqsyabandiah)

" Satu ketika di zaman Nabi S.A.W, terdapat seorang perompak jalanan 
yang terkenal.  Setiap selepas tengah malam, dia akan menangkap dan 
merompak sesiapa sahaja yang ditemuinya berjalan berseorangan.  
Kadang-kala, dia akan memukul dan membunuh orang yang dirompaknya.  
Selepas merompak, dia terus pulang ke rumah.  Tidak ada seorang pun 
yang mampu menangkap lelaki tersebut.  Disebabkan kekejamannya, Nabi 
S.A.W telah berkata dengan perasaan marah tentang lelaki 
tersebut: "orang tu jahat, jika dia meninggal, aku tidak akan 
menyembahyangkan dan mengkebumikannya di tanah perkuburan orang 
Muslim".

Selepas beberapa tahun, lelaki tersebut meningggal dunia.  Dia 
mempunyai seorang anak perempuan.  Malangnya, anak perempuannya 
tidak menemui seorang pun yang boleh membantunya menguruskan jenazah 
ayahnya.  Disebabkan Nabi S.A.W pernah mencela perbuatan ayahnya- 
tidak akan menyembahyangkan dan mengkebumikann
-----------------------------------------
 
Dalam pandangan saya, biasanya orang yang mudah disesatkan, atau dipengaruhi tokguru sesat samada:
a) terlalu gelojoh mengejar sesuatu sehingga tidak berhati-hati, sehingga tergadai akhirat untuk kepentingan dunia
b) kurang FAHAM-nya asas agama, walaupun banyak TAHU-nya
c) kurang Amalan Pagar Diri, samada Tasbih Yunos, atau Kalima ke-4 (la ilaa ha illa wah dahu ...)
Sekian wassalam 


Edited by abg_ramz - 05-Jun-2010 at 10:10am
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6178
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 30-May-2010 at 10:28pm
Assalamu'alaikom,
 
Penilaian ke atas ajaran Encik Nazim al-Haqqani, warganegara Turkey asal Cyprus, telah dibuat oleh Mufti Kedah seperti berikut:
 
 
(Click pada "Download Now" warna biru)
 
Pegangan Mufti Singapura disenaraikan di sini:
 
 
 
Berdoalah kita kepada ALLAH, agar hati-hati kita yang begitu mudah dibolak-balik, ditetapkan kedudukannya di jalan benar, aamin
 
wassalam


Edited by abg_ramz - 30-May-2010 at 10:31pm
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6178
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 31-May-2010 at 7:56pm
Assalamu'alaikom,
 
alhamduLILLAH, someone of scholarly status has managed to go through 1 by 1, this Nazim Haqqani teachings, and explained why they are against Islam.
 
 
All Praise is due to Allah, Lord of the worlds and blessings and peace upon His  Messenger Muhammad, his family, companions and those who abide by his path until the Day of resurrection.
 
To proceed: The following is an essay compiled by Shaykh Samir al-Kadi, an 'alim from Lebanon who is Shafi'i in fiqh, Ash'ari in kalam and Rifa'i in tariqah, and is a murid of al-Muhaddith al-Hafiz Shaykh 'Abdullah al-Harari, hafazah-Ullah.  Shaykh Samir uses his wide expertise in Islamic sciences in order to expose the lies, the heresies and the statements of apostasy and disbelief circulated by Mr. Nazim al-Qubrusi, the leader of a contemporary pseudo-Islamic and pseudo-Naqshbandi new age cult.
 
It is highly commendable for someone to speak out against such blatant opposition to the 'aqidah of Islam, and the present treatise does so in a very clear and IRREFUTABLE way - a sign of the author's justice and regard for the truth.
 
 
 
So for those who wish to follow Islam as they are taught by the Prophet (peace be upon him), please read on:
 
PS - Read also about what was lectured in Chicago 1995:
http://www.allaahuakbar.net/sufism/the_irrefutable_proof_that_nazim.htm

wasalaam



Edited by abg_ramz - 05-Apr-2012 at 8:39am
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6178
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 05-Jun-2010 at 10:14am
Assalamu'alaikom,
 
Untuk sesiapa yang terambik apa-apa daripada mana-mana guru ajaran yang difatwakan sesat, dipersilakan membuat Ujian Pandang, insyALLAH nampak apa yang bertenggek atas kepala kita:
 
 
Sekian wassalam
 
 


Edited by abg_ramz - 05-Jun-2010 at 10:24am
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6178
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 01-Aug-2010 at 1:10pm
Assalamu'alaikom,
 
Adalah jelas haram untuk pengikut agama Nabi Muhammad SAW bersujud kepada manusia lain. Ini berdasarkan hadith mengenai kedudukan suami kepada isteri:
 
 
 
Abdullah ibnu Abi Aufa bertutur: Tatkala Mu’adz datang ke negeri Yaman atau Syam ia melihat orang2 Nashrani bersujud kepada para panglima dan petinggi gereja mereka. mk ia memandang dan memastikan dlm hati bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adl yg paling berhak utk diagungkan seperti itu. Ketika ia kembali ke hadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ia berkata: “Ya Rasulullah aku melihat orang2 Nashrani bersujud kepada para panglima dan petinggi gereja mereka mk aku memandang dan memastikan dlm hatiku bahwa engkaulah yg paling berhak utk diagungkan seperti itu.” Mendengar ucapan Mu’adz ini bersabdalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

لَوْ كُنْتُ آمُرُ أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لأَحَدٍ لأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ َأنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا وَلاَ تُؤَدِّي الْمَرْأَةُ حَقَّ الله عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهَا كُلَّهُ حَتَّى تُؤَدِّيَ حَقَّ
 
زَوْجِهَا عَلَيْهَا كُلَّهَا حَتَّى لَوْ سَأَلَهَا نَفْسَهَا وَهِيَ عَلَىظَهْرِ قَتَبٍ لأَعْطَتْهُ إِيَّاهُ
 
“Seandai aku boleh memerintahkan seseorang utk sujud kepada orang lain niscaya aku perintahkan seorang istri utk sujud kepada suaminya.
 
 
Namun dari apa yang dilapurkan oleh seorang ahli baru di Montreal, penganut-penganut al-Haqqani dikehendaki sujud kepada Sheikh yang sesat itu.
 
Sekian wassalaam
 
 
 


Edited by abg_ramz - 01-Aug-2010 at 1:10pm
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6178
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 22-Oct-2010 at 10:14pm
 
Assalamu'alaikom,
 
Originally posted by abg_ramz

 
Untuk sesiapa yang terambik apa-apa daripada mana-mana guru ajaran yang difatwakan sesat, dipersilakan membuat Ujian Pandang, insyALLAH nampak apa yang bertenggek atas kepala kita:
 
 
 
Sila juga rujuk, satu reaksi Ujian Pandang:
 
Sekian semoga bermanfaat
 
wassalam
 
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6178
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 28-Jul-2011 at 1:32pm
Originally posted by abg_ramz

Assalamu'alaikom,
 
Penilaian ke atas ajaran Encik Nazim al-Haqqani, warganegara Turkey asal Cyprus, telah dibuat oleh Mufti Kedah seperti berikut:
 
 
 
Assalamu'alaikom,
 
Diperhatikan download untuk Fatwa Mufti Kedah tidak lagi berfungsi, namun e-Fatwa JAKIM masih berfungsi:
 
 
Portal%20Rasmi%20Fatwa%20Malaysia
Published on Portal Rasmi Fatwa Malaysia (http://www.e-fatwa.gov.my)


Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani

Tarikh Keputusan: 
3 Apr, 2000
Tarikh Mula Muzakarah: 
3 Apr, 2000
Tarikh Akhir Muzakarah: 
3 Apr, 2000
Oleh: 
Muzakarah Kali Ke-48
Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 Apr 2000 telah membincangkan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani. Muzakarah telah memutuskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

Keputusan (English): 
 
The Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani Sufi Order

Decision:

The 48th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 3rd April 2000 has discussed the Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani Sufi Order. The Conference decided that the Naqsyabandiah Al-Aliyyah Sufi Order led by Syeikh Nazim contradicts with the creedal doctrine of the Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah and deviates from the teachings of Islam. Practitioners of this Order must repent at once.
 
All states are required to issue a fatwa that is gazetted which decrees that the Naqsyabandiah Al-Aliyyah Sufi Order led by Syeikh Nazim is unlawful (haram) and must not be practiced by Muslims as it is a deviation from the true teachings of Islam.
 

 
 
Semoga ALLAH tetapkan iman kita
 
Sekian wassalaam
 
 


Edited by abg_ramz - 28-Jul-2011 at 1:33pm
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6178
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 07-Jan-2012 at 8:03am
Assalamu'alykom,

alhamduLILLAH ada satu website dengan keterangan dari Mufti Dagistan mengenai tarikat ajaran sesat yang kini berpusat di Cyprus.

http://tarekathaqqani.wordpress.com/

Tetapi untuk mereka yang telah terkena penyakit taksub / angau, dapatkanlah rawatan dari Pusat Rawatan Islam secepat mungkin.

Sekian wassalaam



Edited by abg_ramz - 07-Jan-2012 at 8:18am
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6178
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 27-Oct-2013 at 5:56pm
Assalamu'alaikom,

Berdasarkan satu rakaman youtube pada Sept 2011 (dua tahun lepas dari Okt 2013), Encik Nazim sudah masuk peringkat sakit orang tua yang mana ingatannya sudah lemah, dan percakapannya Arabnya pun tidak begitu teratur.

http://www.youtube.com/watch?v=aJWGZAoymzA

wassalaam





Edited by abg_ramz - 27-Oct-2013 at 5:58pm
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
Post Reply Post New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Bulletin Board Software by Web Wiz Forums version 8.05
Copyright ©2001-2006 Web Wiz Guide

This page was generated in 0.125 seconds.