![]() |
Active Topics Memberlist Calendar Search |
| |
| Panduan Doa Makbul | |
|
| |
|
| Author | Message | |
|
abg_ramz
Admin Group
Perawat Darussalam Joined: 20-Nov-2006 Location: Malaysia Online Status: Offline Posts: 6035 |
![]() Topic: Kekuatan Batin - Takbir Aidilfitri dlm Tahyat AwalPosted: 06-Sep-2010 at 7:23am |
|
|
Assalamu'alaikom,
Saya rasa semua sudah sedia maklum mengenai kisah Tasbih Fatimah, yang mana bermula dengan kisah Saidatina Fatimah (ra), anak Nabi SAW, yang penat berkerja di rumah, juga Saidina Ali (ra) yang juga keletihan yang cuba mendapatkan khadam (maid) daripada tawanan perang yang ada di rumah Nabi SAW
Malangnya hajat mereka tidak kesampaian, tetapi sebaliknya Nabi SAW telah mengajarkan mereka satu tasbih (subhanALLAH, alhamduLILLAH, ALLAH hu Akbar) sebagai ganti yang lebih baik:
Kalau Inggerisnya....
Dari sedikit apa yang saya difahamkan, untuk mereka yang mahu mempercepatkan lagi pembangunan kerohanian (kebatinan), disyorkan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir (sebagaimana takbir Solat Raya) dalam kedudukan tahyat awal:
SubhanALLAH, walhamduLILLAH, wala ilaa ha ILLALLAH hu wALLAH hu Akbar !!!
Bilangan bacaan hendaklah 1,000x tetapi tidak mesti dilakukan sekali jalan. Tetapi jumlah 1,000x perlu dicapai dalam masa 1 hari 1 malam.
Ini bermakna kalau kita dapat luang masa sedikit selepas setiap solat, perlulah dibaca 200x. Ataupun kalau kita cuma ada masa ketika asar dan ishaq, maka perlu dibaca 500x setiap solat asar dan ishaq.
Sekiranya kita dapat lakukan selama 40 hari berturut, insyALLAH paling kurang ringan badan kita, serta kuat semangat beribadat. Dalam pandangan saya, kesan tersebut dapat dirasakan selepas 2-3 hari beramal.
Tetapi jangan pulak kita tumpukan amalan tasbih ini, tetapi yang fardhu-(solat fardhu nya) kita abaikan atau kita lengah-lengahkan.
Sekian untuk mereka yang mencari ketenangan hati dan kesempurnaan beramal, semoga bermanfaat
Selamat berpuasa dan wassalam
PS - Panduan takbir solat sunat Aidiliftri ada di sini:
|
||
|
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
|
||
IP Logged |
||
|
||
Forum Jump |
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot create polls in this forum You cannot vote in polls in this forum |
|