![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() |
Perbincangan ilmu2 yang berasaskan jin | |
![]() |
![]() |
![]() ![]() |
Author | Message |
abg_ramz
Admin Group ![]() ![]() Perawat Darussalam Joined: 20-Nov-2006 Location: Malaysia Online Status: Offline Posts: 6190 |
![]() ![]() ![]() Posted: 23-Jun-2013 at 3:13pm |
Assalamu'alaikom,
Ilmu pengasih ni hakikatnya dibantu oleh makhluk halus. Apabila makhluk halus rasa mereka sudah banyak menabur "jasa" dengan mendapatkan mangsa untuk tuannya, kebiasaanya mereka akan mula minta "gaji atau bonus" ... Ikutilah kisah sepenuhnya di Harian Metro, yang mana tukang amal mentera mendapat MC 2 minggu, sambil mendapatkan rawatan tradisional http://www.hmetro.com.my/articles/MusibahMantera//Article Jauhilah ilmu mantera yang tidak bersandarkan Quran dan hadis. Kebiasaanya ilmu seperti itu shirik dan mengundang masalah besar dalam jangka panjang. Sekian semoga bermanfaat |
|
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
|
|
![]() |
|
rawatansihir
Moderator Group ![]() Joined: 30-Sep-2009 Location: Sudan Online Status: Offline Posts: 349 |
![]() ![]() ![]() |
Copy-paste dari:
http://akhbar-hmetro.blogspot.com/2013/06/harian-metro-beritautama_22.html Sumber Asal Berita :- Harian Metro: BeritaUtama Musibah Mantera Posted: 21 Jun 2013 11:51 AM PDT Alor Setar: Seorang lelaki yang kecewa kerana lambat bertemu jodoh tidak menyangka sihir pemikat dipelajarinya hanya melalui Internet mendatangkan kesan, namun kegembiraannya tidak lama apabila dia kemudian dilanda musibah. "Pada mulanya saya hanya cuba-cuba saja kerana sudah sekian lama saya mengalami kesukaran untuk mendapatkan teman wanita sedangkan orang tua asyik mendesak supaya mendirikan rumah tangga. "Tak sangka pula ilmu saya dapat di Internet tanpa perlu berguru itu berkesan kerana selama ini, sudah puas saya cuba pelbagai cara untuk memikat hati wanita namun tetap tidak berjaya," kata lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Jefri, 28. Menurutnya, sihir memikat wanita itu ditemuinya di sebuah laman web yang menyediakan pelbagai ilmu mistik lain termasuk kebal, memiliki khadam daripada golongan jin, selain mantera pengasih. JEFRI menceritakan pengalamannya kepada wartawan Harian Metro. "Saya terdorong untuk mencuba ilmu pengasih daripada laman web itu kerana ia tidak mengenakan sebarang syarat atau 'pengeras' dan boleh diamalkan sesiapa saja," katanya. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22 |
|
![]() |
|
![]() ![]() |
||
Forum Jump |
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot create polls in this forum You cannot vote in polls in this forum |