Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  CalendarCalendar  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Panduan Doa Makbul
 Forum Rawatan SihirSeksyen Ahli Serious berYURAN (Malay Only)Panduan Doa Makbul
Message Icon Topic: 20070403 (1) Adab-adab berdoa Post Reply Post New Topic
Author Message
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Topic: 20070403 (1) Adab-adab berdoa
    Posted: 03-Apr-2007 at 8:20am

20070403 (1) ADAB-ADAB BERDOA

 

Adab-adab berdoa adalah sebagai tanda perhambaan seorang beragama Islam kepada Tuhannya. Tujuan adab-adab tersebut adalah untuk merapatkan lagi diri dengan ALLAH swt. Apabila kita hampir dengan ALLAH swt, maka tentulah lebih mudah untuk segala doa hajat permohonan kita dimakbulkan

 

Antara adab-adab tersebut

 

Adab

Contoh

 

 

Memilih waktu dan keadaan yang baik dan di tempat yang mulia

·        Dalam keadaan sujud

 

 

 

 

·        Selepas azan berkemundang

 

 

 

 

·        Waktu tahajud

 

 

 

·        Hari dan malam Jumaat.

·        Pendapat Imam Tarimizi dan Imam Ahmad, waktu terbaik ialah selepas Asar sebelum Maghrib hari Jumaat

 

 

 

·        Di dalam Kaabah

 

 

 

Bertaubat dan memohon keampunan dosa.

·        Selepas solat sunat 2 rakaat, memohon keampunan terlebih dahulu

 

 

 

Mengerjakan amalan soleh sebelum berdoa.

·        Baca Quran

·        Solat fardhu atau Solat Sunat

 

 

Berwudu sebelum berdoa

 

 

 

Mengadap kiblat

Berdasarkan hadis Nabi saw berdoa selepas melontar batu semasa di Jamrah.

 

 

Menadah kedua belah tangan ke langit

Berdasarkan hadis di mana Nabi saw berdoa untuk keampunan Abu ’Amir yang meninggal terkena panah di tempat bernama Autos, Nabi saw mengangkat tangan sehingga ternampak ketiaknya yang putih.

 

 

Memulakan dan mengakihiri doa dengan memuji ALLAH dan berselawat ke atas Nabi saw.

Kalau kita perhati doa Nabi Zakaria as dalam Anbiya 89:

 

 

 

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi". 

 

Memilih doa yang ma’thur dari al-Quran dan Hadis

Sebagai contoh, diriwayatkan dari Rabi’ah bin Kalthum, Hassan ra ketika kesempitan berdoa menggunakan doa Nabi Ayub seperti dalam Surah Anbiya 83:

 

 

 

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". 

 

 

 

Beradab. Menunjuk kehinaan diri dan khusyuk ketika berdoa

Sebagai contoh Surah ’Araf ayat 23:

 

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". 

 

 

Merendah dan memperlahankan suara sambil merendahkan diri

Panduan seperti perintah dalam Surah ’Araf ayat 55:

 

 

 

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. 

 

 

Berdoa dengan bersungguh-sungguh dan benar-benar berharap

Hadir hati.

 

Adakala hati kita menaruh harapan pada orang2 besar, dan kawan2 yang kaya atau berpangkat tinggi. Jadi kita jadi macam tak kisah doa tu makbul atau tidak, walhal ALLAH yang menentukan segalanya (termasuk orang2 kenamaan itu dan kawan2 kita)

 

Sikap seperti ni, rasa saya, memang cari nahas.

 

 

Berdoa berulang kali

Sebaiknya 3 kali.

 

Pernah Nabi saw berdoa selama SATU BULAN untuk memohon kehancuran suku Ra’l dan suku Zakwan dari puak Bani Sulaim kerana membunuh sekumpulan 70 qari Quran yang dalam perjalanan keluar Madinah

 

 

Mengaminkan doa

Amin ialah penutup doa.

 

[Nota: Saya pun selalu termiss ni....]

 

 

Menyapu muka dengan kedua belah tangan

 

 

 

AMALAN MUDAH:

 

Berdasarkan adab-adab tersebut, salah satu doa yang baik susunan adalah seperti berikut:

 

  1. Fatihah,
  2. Qursi dan
  3. Amanar Rasul,
  4. Salawat,
  5. Niat dan
  6. Salawat

 

Ini kerana

    • #2 (Qursi) mengandungi pujian2 pada ALLAH swt, dan
    •  #3 (Amanar Rasul) mengandungi doa memohon ampun dan rahmat.

 

Berdasarkan satu hadis (Riyadhus Soleheen Vol 2):

http://www.at-tafkeer.dk/New/download-filer/Riyad_us_Saliheen2.pdf

 

1022.

Ibn `Abbas (May Allah be pleased with them) reported: While Jibril (Gabriel) was sitting with the Messenger of Allah (PBUH), he heard a sound above him. He lifted his head, and said:

 

"This is a gate which has been opened in heaven today. It was never opened before.'' Then an angel descended through it, he said: "This is an angel who has come down to earth. He never came down before.'' He sent greetings and said: "Rejoice with two lights given to you. Such lights were not given to any Prophet before you. These (lights) are: Fatihah-til-Kitab (Surat Al-Fatihah), and the concluding Ayat of Surat Al-Baqarah. You will never recite a word from them without being given the blessings it contains.''

[Muslim].

 

Semoga memberi manfaat

 

Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
Post Reply Post New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Bulletin Board Software by Web Wiz Forums version 8.05
Copyright ©2001-2006 Web Wiz Guide

This page was generated in 0.017 seconds.