Print Page | Close Window

Ilmu pengasih makan tuan -HMETRO

Printed From: Rawatan Sihir
Category: Seksyen Ahli Serious berYURAN (Malay Only)
Forum Name: Perbincangan ilmu2 yang berasaskan jin
Forum Discription: Perbincangan ilmu2 berasaskan jin seperti silat gerak, Reiki, Kundalini, Tenaga Dalam, Xi Gong. Topik ini dijangka sensitif kerana ada tokguru pakai jubah, dan juga pernah pi Haji
URL: http://www.rawatansihir.com/forum/forum_posts.asp?TID=3171
Printed Date: 11-Jul-2020 at 8:28am
Software Version: Web Wiz Forums 8.05 - http://www.webwizforums.com


Topic: Ilmu pengasih makan tuan -HMETRO
Posted By: abg_ramz
Subject: Ilmu pengasih makan tuan -HMETRO
Date Posted: 23-Jun-2013 at 3:13pm
Assalamu'alaikom,

Ilmu pengasih ni hakikatnya dibantu oleh makhluk halus.

Apabila makhluk halus rasa mereka sudah banyak menabur "jasa" dengan mendapatkan mangsa untuk tuannya, kebiasaanya mereka akan mula minta "gaji atau bonus" ...

Ikutilah kisah sepenuhnya di Harian Metro, yang mana tukang amal mentera mendapat MC 2 minggu, sambil mendapatkan rawatan tradisional

http://www.hmetro.com.my/articles/MusibahMantera//Article - http://www.hmetro.com.my/articles/MusibahMantera//Article



Jauhilah ilmu mantera yang tidak bersandarkan Quran dan hadis. Kebiasaanya ilmu seperti itu shirik dan mengundang masalah besar dalam jangka panjang.

Sekian semoga bermanfaat


-------------
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi



Replies:
Posted By: rawatansihir
Date Posted: 08-Oct-2018 at 10:21am
Copy-paste dari:
http://akhbar-hmetro.blogspot.com/2013/06/harian-metro-beritautama_22.html

Sumber Asal Berita :-
Harian Metro: BeritaUtama

Musibah Mantera

Posted: 21 Jun 2013 11:51 AM PDT

Alor Setar: Seorang lelaki yang kecewa kerana lambat bertemu jodoh tidak menyangka sihir pemikat dipelajarinya hanya melalui Internet mendatangkan kesan, namun kegembiraannya tidak lama apabila dia kemudian dilanda musibah.

"Pada mulanya saya hanya cuba-cuba saja kerana sudah sekian lama saya mengalami kesukaran untuk mendapatkan teman wanita sedangkan orang tua asyik mendesak supaya mendirikan rumah tangga. "Tak sangka pula ilmu saya dapat di Internet tanpa perlu berguru itu berkesan kerana selama ini, sudah puas saya cuba pelbagai cara untuk memikat hati wanita namun tetap tidak berjaya," kata lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Jefri, 28. Menurutnya, sihir memikat wanita itu ditemuinya di sebuah laman web yang menyediakan pelbagai ilmu mistik lain termasuk kebal, memiliki khadam daripada golongan jin, selain mantera pengasih.

JEFRI menceritakan pengalamannya kepada wartawan Harian Metro.

"Saya terdorong untuk mencuba ilmu pengasih daripada laman web itu kerana ia tidak mengenakan sebarang syarat atau 'pengeras' dan boleh diamalkan sesiapa saja," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22




Print Page | Close Window

Bulletin Board Software by Web Wiz Forums version 8.05 - http://www.webwizforums.com
Copyright ©2001-2006 Web Wiz Guide - http://www.webwizguide.info