Print Page | Close Window

Tasbih Yunos utk permohonan yg dikabulkan

Printed From: Rawatan Sihir
Category: Public (FREE Section)
Forum Name: Amalan Am untuk Pelbagai Keadaan / Miscellaneous Amal
Forum Discription: Panduan amalan untuk pelbagai keadaan terutama kecemasan / Amal guide for miscellaneous situation especially emergency
URL: http://www.rawatansihir.com/forum/forum_posts.asp?TID=3282
Printed Date: 11-Jul-2020 at 9:11am
Software Version: Web Wiz Forums 8.05 - http://www.webwizforums.com


Topic: Tasbih Yunos utk permohonan yg dikabulkan
Posted By: abg_ramz
Subject: Tasbih Yunos utk permohonan yg dikabulkan
Date Posted: 27-Apr-2020 at 11:48am
Assalamu'alaikom Tuan2 Puan2 yang dihormati,

Untuk kesusahan yg berat - kesihatan, kewangan etc saya yakin ramai dah tahu Tasbih Yunos adalah satu cara cepat untuk mendapat bantuan dari Allah.

Ini diterangkan dalam Sura Anbiya ayat 87-88,

http://www.surah.my/21/87-88 - http://www.surah.my/21/87-88

21:87

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata:

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin

"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".


21:88

A088
Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya;

dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).



Satu cara amalannya (di bawah),
( semasa di buat, kena yakin Allah tu Maha Berkuasa dan Maha Kaya)

11x Salawat
3x Sura Anbiya ayat 87-88
baca Tasbih Yunos ulang2 sehingga (sebagai contoh) sakit badan kita jadi hilang, atau hati kita yg susah jadi tenang



-------------
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi



Print Page | Close Window

Bulletin Board Software by Web Wiz Forums version 8.05 - http://www.webwizforums.com
Copyright ©2001-2006 Web Wiz Guide - http://www.webwizguide.info