Print Page | Close Window

Syubhat Doa Nurun Nubuwwah

Printed From: Rawatan Sihir
Category: Seksyen Ahli Serious berYURAN (Malay Only)
Forum Name: Panduan Doa Makbul
Forum Discription: Panduan berdoa yang tidak tergesa dan mudah makbul.
URL: http://www.rawatansihir.com/forum/forum_posts.asp?TID=999
Printed Date: 29-Jul-2021 at 9:34am
Software Version: Web Wiz Forums 8.05 - http://www.webwizforums.com


Topic: Syubhat Doa Nurun Nubuwwah
Posted By: abg_ramz
Subject: Syubhat Doa Nurun Nubuwwah
Date Posted: 12-Aug-2007 at 12:48am
Hati-hatilah mengamalkan doa yang tidak pasti sahih hadithnya serta ada ralat dalam ayat doanya.
 
 
Dari: http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=22239 - http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=22239
 
 
Review Doa Nurun Nubuwwah

Saya baru menerima faks dari sahabat Rabu (20/6/2007). Katanya ada orang forwardkan khasiat "doa nurun nubuwwah". Katanya doa yang diamalkan oleh Nabi Muhammad Sallahu'alahiwasallam. 


Kemudian, saya baca satu persatu. Oleh kerana tiada sebarang perisian hadith dipejabat, maka saya mula menterjemahkan doa tersebut.

Walaupun begitu, setelah diteliti terdapat beberapa kekeliruan iaitu;

Allahumma zil Saltanil 'Azim =
Ya Allah yang mempunyai Kerajaan yang Maha Agung..

wa zil mannil qadim=
dan yang mempunyai kurniaan Maha Qadim? (nak samakan huruf belakang kot)

wa zil wajhil karim=
yang mempunyai wajah yang mulia

wa waliyyil kalimaatit taammaat wa da'awatil mustajaabah=
dan penguasa yang mempunyai kalimat yang sempurna dan mempunyai doa yang mustajab

'aqil alHasan wal husin min anfusil haq ainil kudrat = mempunyai kemampuan hasan dan husin daripada diri-dirinya yanghaq dan tuan segala kemampuan..

wannazirin wa ainil insi wal jin =
dan tuan segala manusia dan segala jin..

kemudian dipecahkan doa tersebut hasil campuran ayat-ayat quran yang telah saya keluarkan ayat dan surahnya..

1- Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: "Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila. Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.".- alQalam 51 & 52

wa mustajaabu luqmanul hakim=
dan berkat mustajabnya (doa) lukman alhakim

kemudian ayat quran lagi

3-Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; .. - AnNaml 16 ditambah ALWADUD.

4- Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya, - alBuruj 15

Kemudian, saya ketemu lagi teks arab;

towwil umri, wa sohhih ajsaadi, waqdi haajati, WA AKTHIR AMWAALI wa aulaadi, wa habbib linnasi 'ajmain = panjangkanlah umur ku, sihatkan tubuh badanku, kabulkan hajatku, DAN BANYAKKAN HARTA dan anakku,serta campakkan kasih sayang orang kepadaku, dan jauhkan diriku dai permusuhan dikalangan bani ada,

kemudian ayat alquran lagi

Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar. - Surah Yasin 70

4-Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".- alIsra 81

5-Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. - Surah alBaqarah al-Isra 82 [Komen pemerhatian dari Pn Herlina, shukran jaziilan]

6-Akuilah kesucian Tuhanmu, - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari apa yang mereka katakan! - asSaffat 180, 181 dan 182

Kesalahan :


1- Nabi tak pernah doa memohon memperbanyakkan harta, sedangkan Nabi biasa memohon termasuk golonga-golongan miskin (zumratul masakin).

2- makna yang bercampur aduk kerana telah dimasuk-masukkan menjadikan ia doa. Ada tambahan ALWADUD dan tiada didalam ayat 16 SUrah anNaml

Kesimpulan :

Sebenarnya hadith sahih lebih banyak lagi yang belum diamalkan akan tetapi orang kita lebih suka benda pelik dan 'baru-baru'.

Jika dia katakan nabi lakukan maka sebutkan hadithnya. Jika tidak, memperkatakan sesuatu yang bukan dasarnya dari nabi memang masuk dalam ancaman berikut;

" Sesiapa yang mengatakan apa yang tidak aku katakan, maka tempahlah tempatnya dineraka" [Sahih..]

Wallahua'lam



-------------
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi



Replies:
Posted By: abgaudit
Date Posted: 13-Aug-2007 at 11:21am
Doa ni ada dibincangkan dlm forum Bicarasufi


Posted By: abg_ramz
Date Posted: 13-Aug-2007 at 11:59am
Originally posted by abgaudit

Doa ni ada dibincangkan dlm forum Bicarasufi
 
posting di BSC: http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=2809&highlight=nubuwwah - http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=2809&highlight=nubuwwah
 
Tetapi sebelum kita nak pastikan sungguh mana2 doa dari hadith Nabi saw, perlu semak betul2 siapa yang meriwayatkan (perawi)
 
 
 
 
 


-------------
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi


Posted By: hadzlly
Date Posted: 14-Aug-2007 at 4:32pm

a'kum

kalau ikut forumnya macam sahih jer.. tak tau lah pandangan org lamaSmile

 



Posted By: abg_ramz
Date Posted: 14-Aug-2007 at 4:39pm
Originally posted by hadzlly

a'kum

kalau ikut forumnya macam sahih jer.. tak tau lah pandangan org lamaSmile

kalau doa saja, rasa saya ok.
 
Masalahnya doa itu didakwa dari Nabi saw, tetapi niat doa tidak sejajar dengan peribadi Nabi saw.


-------------
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi


Posted By: hadzlly
Date Posted: 14-Aug-2007 at 4:47pm
emmmm... ada logik nyer jugak...


Posted By: AbgLonely
Date Posted: 07-Sep-2007 at 5:32pm
Doa tu, setakat yg saya tahu tak dapat dikesan sanadnya. Sapa yg meriwayatkannya pun tak tahu. Sedar2 dikatakan Nabi saw ajar. Jadi tak boleh lah nak kata begitu sebab, kita takde asas nak kata nabi yg ajar. Cuma yg saya tahu Doa tu ada dlm kitab Syamsul Ma'arif al-kubro. Bagi kes doa2 begini, kalau nak amal tngok kpd lafaz2 doa tu. Kalau makna yg baik tak bertentangan dgn syariat boleh diamal. Tapi takboleh diyakini sebagai warid dari Nabi saw.
 
Tapi alasan yg dibagi oleh org Ahkam tu tak tepat..
 
[[["Kesalahan :

1- Nabi tak pernah doa memohon memperbanyakkan harta, sedangkan Nabi biasa memohon termasuk golonga-golongan miskin (zumratul masakin). "]]]

 
Sebab doa  mintak kaya ada diajarkan oleh Nabi saw:-
 
1-Dikeluarkan oleh Mardawaih drpd Anas, Rasulullah saw bersabda:
 

سورة الواقعة سورةالغنى, فاقرءوهاوعلموها اولادكم

Surah alwaqi'ah adalah surah yg mendatangkan kekayaan bacalah ia dan ajarkan ia kpd anak2mu.

2-Diriwayat oleh atTabrani dlm al-Ausot dgn sanad yg dihukumkan hasan oleh alHaitami, drpd Aisyah ra, Rasulullah saw berdoa:

اللهم اجعل اوسع رزقك علي عند كبر سني وانقطاع عمري

Ya Allah Jadikanlah seluas2 rezekiMu ke atasku ketika aku telah tua dan umurku telah berakhir.

3-Riwayat al-Baihaqi drpd Saidina Ali mengajarkan kpd seorang hamba beberapa kalimah yg diajarkan oleh Rasulullah saw kpdnya......:

اللهم اكفني  بحللك عن حرامك واغنني بفضلك عمن سواك

 


-------------
ياحي ياقيوم برحمتك استغيث


Posted By: abg_ramz
Date Posted: 09-Sep-2007 at 9:15pm
Originally posted by AbgLonely

Doa tu, setakat yg saya tahu tak dapat dikesan sanadnya. Sapa yg meriwayatkannya pun tak tahu. Sedar2 dikatakan Nabi saw ajar. Jadi tak boleh lah nak kata begitu sebab, kita takde asas nak kata nabi yg ajar. Cuma yg saya tahu Doa tu ada dlm kitab Syamsul Ma'arif al-kubro. Bagi kes doa2 begini, kalau nak amal tngok kpd lafaz2 doa tu. Kalau makna yg baik tak bertentangan dgn syariat boleh diamal. Tapi takboleh diyakini sebagai warid dari Nabi saw.
 
Tapi alasan yg dibagi oleh org Ahkam tu tak tepat..
 
[[["Kesalahan :

1- Nabi tak pernah doa memohon memperbanyakkan harta, sedangkan Nabi biasa memohon termasuk golonga-golongan miskin (zumratul masakin). "]]]

 
Sebab doa  mintak kaya ada diajarkan oleh Nabi saw:-
 
 
 
Saya rasa perlu beza, Nabi saw ajar doa (kepada ramai sahabat2 termasuk Abdul Rahman bin Auf ra) untuk kaya, tetapi Nabi saw sendiri tak mintak jadi kaya. Walaupun beliau boleh mohon untuk tukar Gunung Uhud jadi emas.
 
Rujuk: http://www.ishwar.com/islam/holy_hadith/book41/index.html - http://www.ishwar.com/islam/holy_hadith/book41/index.html
 

Volume 3, Book 41, Number 574
Narrated Abu Huraira:
Allah's Apostle said, "If I had gold equal to the mountain of Uhud, it would not please me that it should remain with me for more than three days, except an amount which I would keep for repaying debts."

 
 
 
 


-------------
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi


Posted By: AbgLonely
Date Posted: 09-Sep-2007 at 10:29pm
Bila Nabi ajar bermakna menjadi sunnah bila di amal. Termasuk dlm perkara mentaati Rasul iaitu jika sungguh kasihkan Allah dan Rasul spt mafhum ayat alQuran.
 
Nabi saw tak pandai membaca dan menulis. Tapi Nabi saw perintahkan para sahabat supaya belajar membaca dan menulis.
 
Ada juga perkara yg Nabi buat, tapi haram bagi org lain buat. Cth beristeri lebih dari empat dlm satu masa.
 
Ada juga yg wajib bagi nabi tapi sunat bagi org lain. Cth qiamullail.
 
Cth lain: selawat syifak nabi tak ajar, tahlil 1000x nabi tak ajar dll
 
Ada lar hikmah tu, ada beberapa perkara yg Nabi tak buat, tapi suruh sahabat buat.
 
 
Berkenaan doa Nur Nubuwwah tu kena tngok lafaz2 dia. Mufti Internet Ahkam (wahabi) tu pun tak berani keluar hukum kata tak boleh amal.
 
Bila dia kata Syubhat tu, apa maksudnya tu? Takut jatuh jadi haram ke? Cuba tanya Mufti Ahkam tu balik. Setahu saya cth, kalau makanan tu dikatakan Syubhat, maksudnya tak pasti halal atau haram. Jadi haram di makan.
 
Macam ada kisah..ada anak sahabat yg Nabi gelar Ibnu Syubhah kerana kelakuan "jahat" sebab dibagi makan benda yg tak pasti punca.
 
Jadi doa tu dikatakan syubhat apa maksudnya tu? kalau tak pasti dari nabi tak boleh dikatakan syubhah. Sebab syubhat tu maksudnya lain.
 
Kalau Mufti Ahkam tu confirm bukan dari hadis, sepatutnya dia kata La aslaha (tiada asalnya) mengenai hadisnya. Syubhah bukan kategori hadis.
 
Nampaknya dia tak buat analisa apa pun, baik dari segi asal-usul doa, hukum membaca doa tu dll yg berkaitan. Apa yg dibagi cuma kesimpulan yg simplistik.
 
Sapa yg berminat nak amal, elok bawak doa tu jumpa ahli ilmu yg thiqah, minta penjelasan.
 
Tapi kalau dari sumber hadis, saya rasa tak ada. Tapi hadis, ayat quran yg suruh berdoa ada banyak.
 
Ini pandangan saya. Tiada paksaan utk menerima pandangan ini.Smile
 


-------------
ياحي ياقيوم برحمتك استغيث


Posted By: abg_ramz
Date Posted: 09-Sep-2007 at 11:29pm
Originally posted by AbgLonely

 
Kalau Mufti Ahkam tu confirm bukan dari hadis, sepatutnya dia kata La aslaha (tiada asalnya) mengenai hadisnya. Syubhah bukan kategori hadis.
 
Nampaknya dia tak buat analisa apa pun, baik dari segi asal-usul doa, hukum membaca doa tu dll yg berkaitan. Apa yg dibagi cuma kesimpulan yg simplistik.
 
Sapa yg berminat nak amal, elok bawak doa tu jumpa ahli ilmu yg thiqah, minta penjelasan.
 
Tapi kalau dari sumber hadis, saya rasa tak ada. Tapi hadis, ayat quran yg suruh berdoa ada banyak.
 
Ini pandangan saya. Tiada paksaan utk menerima pandangan ini.Smile
 
 
Saya setuju, memang perlu apa2 pandangan berkaitan hadith2 yang tidak pasti asal usulnya di bawa kepada pakar2 hadith dan sebagainya.
 
Memang kita perlu analisa benda2 ni lebih mendalam, tetapi ini perlu mendapatkan khidmat pakar2 agama yang sukarela. Mungkin mereka ada di"sanun" madrasah/pondok, tapi mungkin tidak rajin masuk Internet.....Shocked
 
Saya pun sebenar nak tanya banyak, (sebagai contoh) pasal doa ayat Qursi seru (Jin) Kandiyas yang dalam kitab Indon tu; dalam kitab tu penulis kata itu malaikatDead, dan banyak lagi doa2/amalan2/wafaq2 dalam kitab2 Melayu ni yang tak pasti asal usulnya untuk mendapatkan analisa/pandangan yang lebih mendalam.
 
Tetapi yang penting, kalau dah was2, kita hati2 dulu. Nak tunggu analisa/pandangan mendalam ni biasanya kena tunggu tahun. Cry
 
 
 
 
 


-------------
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi


Posted By: abg_ramz
Date Posted: 02-Oct-2010 at 10:19am
Originally posted by abg_ramz

Hati-hatilah mengamalkan doa yang tidak pasti sahih hadithnya serta ada ralat dalam ayat doanya.
 
 
Sebenarnya hadith sahih lebih banyak lagi yang belum diamalkan akan tetapi orang kita lebih suka benda pelik dan 'baru-baru'.

Jika dia katakan nabi lakukan maka sebutkan hadithnya. Jika tidak, memperkatakan sesuatu yang bukan dasarnya dari nabi memang masuk dalam ancaman berikut;

" Sesiapa yang mengatakan apa yang tidak aku katakan, maka tempahlah tempatnya di neraka" [Sahih..]

Wallahua'lam
 
Assalamu'alaikom,
 
Apa yang dibincang (Nurun Nubuwwah) di atas adalah bukan hadis.  Setakat ini, tidak ada siapa lagi yang jumpa dalam mana-mana kitab hadis sahih, hadis daif atau hadis palsu. 
 
Sekiranya kita kumpulkan segala ulama di Saudi, Mesir, Pakistan, India untuk buat undi ramai-ramai, supaya di jadikan "hadis sahih" - masih tidak boleh di"sahih"kan atau di "halal"kan kerana tiada riwayat langsung, dan itu kerja orang yang kurang ilmu agama.
 
Atau kita kumpulkan segala professor agama di dunia untuk mengundi, ambil undi majoriti, supaya di jadikan "hadis sahih" - masih tidak boleh di"sahih"kan atau di "halal"kan kerana itu kerja orang-orang tidak berilmu (atau ringkasnya bodoh) 
 
Sekian wassalaam
 


-------------
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi



Print Page | Close Window

Bulletin Board Software by Web Wiz Forums version 8.05 - http://www.webwizforums.com
Copyright ©2001-2006 Web Wiz Guide - http://www.webwizguide.info